Monday, August 15, 2005

Nasib Orang Kota

Kata Duan
Kerja siang malam tapi tak kaya2(tak pernah pegi semayang jemaah kat surau).
Kumpul duit beli rumah tapi kongsi dinding, lantai, bumbung(flat/aprtment) aja yg mampu.
Midvalley-KLCC,Midvalley-KLCC,Midvalley-KLCC takde tempat lain ke, air terjun ke waaaa tensen2.
Habiskan Masa berjam2 dalam kesesakkan lalu lintas.
Kualiti udara dan air semakin merosot.
Besarkan anak2 dalam keadaan masalah sosial yg ketara.
Join company semua bos2 owner cina ajaa... waduh2...kena maki hamun perkara biasa...
Kerja dalam ketakutan, tadak jaminan, anytime boleh kena pecat, kegawatan ekonomi..
Tak kira halal haram semua sebat, bagi rasuah amek rasuah dah jadi perkara biasa.
Hutang keliling pinggang asal nampak bergaya...

bilalah aku nak dapat kerja ngan gomen, hidup dengan aman dan tenang kat kampung...

OOooOOOO orang kota...


eloknyer... bila dah kerja, timba pengalaman sepuas-puasnya... sebanyak mungkin yang termampu....

pastu bila dah rasa tensen yang keterlaluan..
amik cuti duk kampung, ushar kot2 boleh membangunkan kampung dengan pengalaman yang sedia ada... bantulah kampung plak..
time tu berjinak2 lah kembali ngan aktiviti ibadah fardhu kifayah.. rajin ke surau/masjid.. mana tau kot tuhan buka hati suruh belajar agama plak.. masuk tahfiz ker, maktab mahmud ker.. pondok ustaz pozi ker..

pastu resign laa.. dengan tawakal seratus peratus pada allah bahawa rezeki tu dari allah ta'ala.. kita usaha kat kampung pun, adalah rezeki yang allah boleh beri... tambahan niat kita utk membangunkan kampung...

satu persoalan.. kalau kampung dah bangun dan maju, adakah masalah sosial seperti di bandar akan terjadi juga kat kampung??

jawapan : kalau tidak, alhamdulillah...
kalau ya, nampak sangat kata pembangunan ni, merugikan ummah... merosakkan akhlak umat islam.. jadi pembangunan yang macammana yang islam nak??? islam hadhari ker???

Kata Duan
depend.. pembangunan tu ada banyak erti, pembangunan insan paling utama... apa guna jadi negara maju kalau semuanya jadi milik bangsa lain..
dimana salahnya.. walaupun bumiputera dah disogok dengan macam2 subsidi tapi ekuiti orang melayu masih tak berubah dari segi peratus... nak salahkan siapa jgn tuding semuanya pada rakyat...
manusia berlumba2 kearah meterialistik disebabkan oleh objektif kejayaan di setkan oleh kewangan dan kebendaan. tidakkah anak yang soleh aset yg paling penting, amal ibadat utk akhirat lebih penting.. nilai kekeluargaan runtuh.. di manakah anak soleh yg akan mendoakan kita nanti..


dulu masa kat kg... xder duit, pasar malam ler jawabnyer...

la ni kat kota...
ada duit baru leh makan kat pasar malam.. sbb sekali aku belanja kat pasar malam beli nasi, burger, popiah dan air dah seplo ringgit dah... mak aih...

hidup di kota ni banyak cobaan dan godaannya...

pernah aku jumpa seorang budak lelaki dari kampung...
tgh berpegangan tangan dengan seorang perempuan bandar..
budak lelaki ini baik perangainya di kg. boleh baca khutbah hari raya lagi...

itulah yang dikatakan dugaan.. jawapan yg diberikan aku rasakan tdk releven... "Dah dia nak salam" (perempuan tu nak bersalaman ngan lelaki tadi).. "saya salam lah"

dlm benakku, kenapa nak ikut org, tambahan org tu tak betul.. org ajak masuk neraka, kita nak masuk gak ker
kalau pergi negara barat... depa bersalam dengan bercium mulut.. takkan kita nak ikut budaya depa....

kat kota anggerik ini yang terpencil ini.. di satu sudut..
dlm UiTM, di ftmsk ini... aku lihat,

wanita2 Islam yang sanggup pakai baju kurung satu suit, kebanyakkannya adalah pensyarah2nya...pelajar2nya boleh dikatakan minoritinya yang minat berpakaian demikian...

yang lain2 tu.. ntah.. satu pandangan yang kurang biasa bagi aku budak dari kampung...

tambahan pulak ada yang sanggup memakai ketat dan mendedahkan spender di bahagian atas punggung..ish.. ish.. klu x tahan dolat tu cemmana???

mujurlah budak kampung ini sudah tidak teruja lagi dengan keadaan begitu, cuma sedih dan kesian jer...ketahuilah bahawa sesungguhnya berkahwin lebih baik dari hidup bujang..

No comments: