Wednesday, November 01, 2006

Aidilfitri vs Final Exam

Alhamdulillah.. dah dua paper berjaya dijawab dalam tempoh dua hari...

Alhamdulillah.. tahun ni dapat beraya pagi 1 Syawal kat KEDAH utk selang masa 2 tahun yang lepas...

Takziah buat keluarga Ibu saudaraku kerana pemergian allahyarhamah... Kakak Kandung kpd Mak Aku yang sulung sudah pergi mengadap Ilahi pada minggu terakhir Ramadhan.. Aku sendiri tak sempat nak menziarah arwah sebelum ia pergi.. hanya tinggal pusara baru aku dapat pulang...

Tahniah buat Adikku yang selamat diijabkabul pada raya kelima yang lepas.. abg terpaksa bergegas pulang kerana terpaksa menghadapi peperiksaan akhir untuk semester yang ketiga ini... mmg niat nak bersama², tapi apakan daya.. mujur dapat jumpa adik pada saat² akhir kami bertiga menunggu bas ekspres utk pulang ke Kelantan...

Raya tahun ni ada suka dan duka..

bernasib baik kerana tiket balik ke kelantan (18hb) masih ada dengan menaiki keretapi.. mujur Isteri dah belikan tiket ke Kedah (22hb).. thanks sayang... Ayah plak dah siap beli tiket balik ke Kelantan (29hb).. kerana nak bagi peluang untuk sama² hari bahagia adik (28hb.).. cuma 'schedule' utk periksa dah tetap 30hb utk paper CCNA3.. mau tak mau kena jual lah tiket tu, beli semula tiket tarikh yang lebih awal... Aku dah pergi check hari sblm raya.. tiket dah abis.. tapi alhamdulillah lepas raya, ada lagi bas yang belum penuh atau mungkin ada pembatalan tiket dari penumpang yang sebelum ini... akhirnya pagi 27hb dah sampai semula kat Kelantan... Anak pulak tak sihat... sejuk sangat naik bas ekpress sampai kena Asma.. kesian Shah Muhammad...

Untuk pulang ke Shah Alam pun satu lagi cabaran... mujur ada orang yang sudi menjual tiket bas charted (Restu Barakah)... thanks Pijie.. dapat juga sampai ke Shah Alam 29hb...

Sampai jer.. kena laa study cisco... kerana balik raya langsung tak study.. hehehe.. raya sungguh... dan alhamdulillah, rasa puas jugak dapat jawab paper tu (30hb) dengan ilmu yang tak seberapa ini.. tapi favorite VLSM tu yang best tu.. wlpun itu adalah soklan last, tapi aku awal2 jawab tu dulu dalam buku jawapan...

Pagi tadi plak paper CSA.. subjek yang sebelum ni aku rasa amat keciwa.. sebab aku tak berapa reti... mujur dua hari sblm ni, kawan² banyak membantu.. terima kasih pijie, pyan, mai, jieja, & wan haris (tak lupa chort, hilal & sepol yg sama² study kat foyer)... setelah berguru dengan pijie, mai & jiejah baru aku tau senang jugak subjek ni sbnrnya... klu aku tau dari awal tentu test 1 dan test 2 aku boleh score fullmark... tadi paper aku puas hati sangat sangat.... rasa boleh betul semua jawapan yang aku berikan tu... hehehe.. moga-moga four flat laa paper nih .. harapan jer menggunung, padahal carry mark hampehhh!

apa-apa insyaAllah....

comming up next paper ... Syariah&Transaksi, Etika dlm ICT and Allughatul A'rabiyah...

YURA YURA to yuganda sora e
kimi no moto e tonde yuke

zutto soba ni itta kara
aita sukima ooki sugite

namaiki na kimi no sunao na henji
matte dare ga sabishii

mirarenai machi de naiteru nara
soba ni inakutemo egao wa todoketai

YURA YURA to yuganda sora e
kimi no moto e tonde yuke
konna ni mo chikazu ni kanjiteru
futatsu no omoi ......
[klik untuk dengar]

[download lagu dari SendSpace]