Saturday, August 26, 2006

Promed

Kali ini, 20 pasukan berentap termasuk 9 pasukan dari tuan rumah S.Alam dalam pertandingan pengaturcaraan. Aku tidak lagi perlu setup Lotus Notes kerana kali ini sepenuhnya menggunakan perkhidmatan webmail fakulti. Dalam acara Pertandingan Multimedia pula lebih kurang 10 pasukan menunjukkan skill membina montaj.

Pasukan yang dapat menjawab ditandakan dengan belon belon yang bergemelapan. tak seperti dahulu hanya bunga manggar tetapi kali ini seorang ditugaskan meniup belon sampai letih. aku jumpa encik Jamal. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya selepas jumpa dengan aku "Takdak muka lain kaa..." hehehe...

Pemenang mendapat hadiah pada acara penutup majlis. ada sedikit kesilapan teknikal untuk acara programming tempat ketiga bilamana konfius cawangan Pahang dengan Perlis.. Johan adalah dari tuan rumah, kedua Cawangan Perak dan ketiga Cawangan Pahang.

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera

Pada 26 Ogos yang baru berlalu, PERTANDINGAN PENGATURCARAAN dan PERTANDINGAN REKACIPTA MULTIMEDIA bagi PROMED'06 telah selamat dijalankan. Program yang dianjurkan bersama oleh Kelab Pengaturcaraan dan Pusat Pengajian Sains Komputer ini telah mendapat sambutan yang baik bukan sahaja dari pelajar2 kita di FTMSK tetapi juga dari Kampus2 Cawangan dan Kolej2 Bersekutu.

Sehubungan itu, pihak penganjur program berbesar hati ingin menguar-uarkan keputusan pertandingan2 tersebut seperti berikut:

PERTANDINGAN PENGATURCARAAN
---------------------------
JOHAN – Pasukan ‘Fantasia’ (FTMSK, UiTM Shah Alam)
Ahli:
1. Juhaimi Nizam bin Johari (CS225)
2. Mohd. Fahmi bin Yob @ Abd. Aziz (CS226)
3. Mohd Junaidi bin Jusoh (CS223)

NAIB JOHAN – UiTM Cawangan Perak (Kampus Sri Iskandar)
TEMPAT KETIGA – UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka)

PERTANDINGAN REKACIPTA MULTIMEDIA
---------------------------------
JOHAN – FSSR, UiTM Shah Alam
NAIB JOHAN – UiTM Cawangan Terengganu (Kampus Dungun)
TEMPAT KETIGA – UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka)

Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan pelajar kita yang dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pengaturcaraan telah juga memenangi Anugerah Khas di atas kebolehan mereka menjawap kesemua soalan ACM yang bertaraf internasional di dalam pertandingan tersebut. Kami amat berbangga dengan pelajar2 ini dan marilah kita ucapkan berbanyak2 tahniah kepada mereka…

Puan Hayati Abdul Ghanny.

Sunday, August 06, 2006

Saringan Promed

Seramai 23 team S.Alam berentap utk mendapatkan tempat ke pusingan Akhir Promed yang akan di adakan pada tiga minggu akan datang...

Pagi2 lagi aku dah setle kerja, Lotus Notes yang aku install minggu lepas dapat berjalan dengan lancar. Alhamdulillah..

banyak bunga² manggar ditanda pada setiap meja pasukan yang berjaya menjawab setiap soalan.. syarat ketat, kalau dah keluar dari bilik saringan tidak boleh masuk balik walaupun dengan tujuan kecemasan dan melepas hajat.