Dengan izin yang Maha Kuasa,
hajat untuk bertemu member² hari ni tercapai jugak. Daripada 27 orang yang mengesahkan kehadiran 90 peratus dapat menghadirkan diri. Itupun disebabkan beberapa kekeliruan tempat dan masa. Masa yang dirancangkan adalah tepat pada pukul 5.00 petang di Tasik Shah Alam. Ada alumni yang datang awal dari masa tersebut dan tidak berjaya menemui alumni² yang lain, maka rasa macam jadi ka tak jadi.. Sebenarnya alumni² menjayakan acara-acara sebelum gathering iaitu dengan membuka booth di DSB sempena OSHACK05 sambil mempromosikan reunion ini kepada alumni² DCSArau yang kebetulan menyambung pengajian di UiTM S.Alam ini. Kemudian alumni² yang berada di DSB bersama² pergi ke Tasik selepas jam 5.00 petang.
Aku dan Elly mengejar masa pukul 5.00 petang ini untuk sampai terlebih dahulu ke Tasik dengan harapan kami orang yang first berada di sana. Walaubagaimanapun hajat itu tidak kesampaian apabila kami terlewat dalam sepuluh ke lima belas minit begitu dan tidak mengetahui bahawa dah ada org yang dah cau.. kesian...
Kami merentang banner ALUMNI DCSARAU pada kereta dengan harapan alumni² yang lain dapat menemui kami dan alhamdulillah sedikit demi sedikit dah nampak batang hidung.. walaupun ia mengambil masa tapi keriangan tetap muncul di raut muka semua alumni² yang bertemu...
Makanan ditaja oleh Encik Abu... terima kasih daun keladi.. reunion sekali lagi belanja laa lagi...
No comments:
Post a Comment