Selama 4 hari berlansungnya HITB SecConf2006 ni, cukup meriah dan rocklah dengan foundernya, crew2nya, volunteer2nya, speakers2nya, vip, wakil media dan peserta2 yang pelbagai gelagat dan impressi yang ditunjukkan.
Aku datang awal hari sabtu utk first met dengan orang HITB. Mereka cukup sporting walaupun aku dan jengcoil bukanlah Volunteer yang sejak awal2 lagi mendaftar dengan wiki HITB. kami ad-hoc ajer, cuba2 try dari founder kot2lah boleh dia izinkan utk jadi volunteer HITB ini.. wlpun baju utk volunteer dah abis, Amy bagi ajer baju HITB yang sbnrnya untuk di jual.
hari Ahad dan Isnin, Training Days, aku stick pada bengkel Advanced Linux Hacking yang dikendalikan Nish Bhalla.. Mmg best, Nish mahu pastikan peserta2 dibawah kendaliannya dapat menyerap apa yang disampaikannya walaupun terpaksa mengambil masa tambahan. Crew yang ada dlm kelas tu y0muds bukan calang2 orang.. dia cepat faham dan dapat entertain peserta2 di dalam kelas tersebut. Aku, apa yang aku paham aku tolong laa.. nak entertain lebih2 pun aku tak pandai cakap omputeh.. tu yang ngan Nish pun tak bley nak rancak bersembang..
Isnin malam tu dah abis semua, aku ditugaskan menyediakan network utk Capture The Flags Tournaments. Bermula dengan design atas kertas, kemudian tarik cable dari peserta ke server di depan. cable ambik jer dari cable yang utk bilik training.. banyak yang panjang2.. oleh sebab kelam kabut, volunteer buat kerja dengan pantas dan siap dengan tape cable di lantai.. atas sebab2 keserabutan, aku check balik satu persatu, tak cukup panjang ganti ngan cable lain. Mujur dari awal rakan2 tahu akan pentingnya label jadi tak der masalah nak main tukar2 cable.. siap test dalam pukul 2 pagi dah... HITB dah siap check beberapa bilik di Westin Hotel tu dan aku pun naik tido..
pagi Selasa dalam kol 6 pagi aku tengok ramai lagi belum tidur tengah siapkan server CTF tu.. Network kami test balik satu persatu dan ada gak yang failed bila kena stress test.. so setlekan pagi tu juga dan aku siap re-lable balik semua cable utk peserta CTF.
so CTF terpaksa berlansung semula pada hari khamis tu atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. tapi 2 hari Rabu dan Khamis ni patutnya aku lepak kat bilik conference.. tapi banyak duk sembang kat luar ngan vip2 dan peserta yang datang. Hari Khamis aku mulakan tugas dengan menjual baju Zone-H, charity utk makna.. setiap helai baju akan duit akan disalurkan kepada MAKNA...
tahniah kepada pemenang CTF, Dok Dor dari Korea, walaupun pusingan pertama mereka kalah kepada Zone-H dari Itali yang keseluruhannya menang tempat kedua dan q-bit dari Singapura di tempat ketiga. Sebelum penyampaian hadiah, Founder Zone-H, Sys64738 menjadi tukang lelong beberapa barangan spt t-shirt, beg, buku dan pendrive masing2 dari HITB, Zone-H, KeyNotes Speaker, Trainer, Botnet, Mozilla dan dari Sys64738 sendiri.. sampaikan dengan baju dia sekali dia lelong selain diselangi dengan adegan lucu spt headbutt dan sebagainya. Salute pada pemenang kedua, pertama dan jugak judge utk CTF apabila wang hadiah yang mereka perolehi didermakan kesemuanya pada MAKNA. Aku yang tak der duit nak beli baju zone-h sungguh2 mendapatkannya dengan trade baju HITB aku dengan salah seorang peserta hacking mereka.
So abis sumer2, aku lepak jab sembang2 ngan crew dan volunteer yang ada sebelum meninggalkan hotel pada pukul 8.30 malam... jumpa lagi tahun depan...
galeri gambar HITB
galer gambar Shakir
No comments:
Post a Comment