Wednesday, November 01, 2006

Aidilfitri vs Final Exam

Alhamdulillah.. dah dua paper berjaya dijawab dalam tempoh dua hari...

Alhamdulillah.. tahun ni dapat beraya pagi 1 Syawal kat KEDAH utk selang masa 2 tahun yang lepas...

Takziah buat keluarga Ibu saudaraku kerana pemergian allahyarhamah... Kakak Kandung kpd Mak Aku yang sulung sudah pergi mengadap Ilahi pada minggu terakhir Ramadhan.. Aku sendiri tak sempat nak menziarah arwah sebelum ia pergi.. hanya tinggal pusara baru aku dapat pulang...

Tahniah buat Adikku yang selamat diijabkabul pada raya kelima yang lepas.. abg terpaksa bergegas pulang kerana terpaksa menghadapi peperiksaan akhir untuk semester yang ketiga ini... mmg niat nak bersama², tapi apakan daya.. mujur dapat jumpa adik pada saat² akhir kami bertiga menunggu bas ekspres utk pulang ke Kelantan...

Raya tahun ni ada suka dan duka..

bernasib baik kerana tiket balik ke kelantan (18hb) masih ada dengan menaiki keretapi.. mujur Isteri dah belikan tiket ke Kedah (22hb).. thanks sayang... Ayah plak dah siap beli tiket balik ke Kelantan (29hb).. kerana nak bagi peluang untuk sama² hari bahagia adik (28hb.).. cuma 'schedule' utk periksa dah tetap 30hb utk paper CCNA3.. mau tak mau kena jual lah tiket tu, beli semula tiket tarikh yang lebih awal... Aku dah pergi check hari sblm raya.. tiket dah abis.. tapi alhamdulillah lepas raya, ada lagi bas yang belum penuh atau mungkin ada pembatalan tiket dari penumpang yang sebelum ini... akhirnya pagi 27hb dah sampai semula kat Kelantan... Anak pulak tak sihat... sejuk sangat naik bas ekpress sampai kena Asma.. kesian Shah Muhammad...

Untuk pulang ke Shah Alam pun satu lagi cabaran... mujur ada orang yang sudi menjual tiket bas charted (Restu Barakah)... thanks Pijie.. dapat juga sampai ke Shah Alam 29hb...

Sampai jer.. kena laa study cisco... kerana balik raya langsung tak study.. hehehe.. raya sungguh... dan alhamdulillah, rasa puas jugak dapat jawab paper tu (30hb) dengan ilmu yang tak seberapa ini.. tapi favorite VLSM tu yang best tu.. wlpun itu adalah soklan last, tapi aku awal2 jawab tu dulu dalam buku jawapan...

Pagi tadi plak paper CSA.. subjek yang sebelum ni aku rasa amat keciwa.. sebab aku tak berapa reti... mujur dua hari sblm ni, kawan² banyak membantu.. terima kasih pijie, pyan, mai, jieja, & wan haris (tak lupa chort, hilal & sepol yg sama² study kat foyer)... setelah berguru dengan pijie, mai & jiejah baru aku tau senang jugak subjek ni sbnrnya... klu aku tau dari awal tentu test 1 dan test 2 aku boleh score fullmark... tadi paper aku puas hati sangat sangat.... rasa boleh betul semua jawapan yang aku berikan tu... hehehe.. moga-moga four flat laa paper nih .. harapan jer menggunung, padahal carry mark hampehhh!

apa-apa insyaAllah....

comming up next paper ... Syariah&Transaksi, Etika dlm ICT and Allughatul A'rabiyah...

YURA YURA to yuganda sora e
kimi no moto e tonde yuke

zutto soba ni itta kara
aita sukima ooki sugite

namaiki na kimi no sunao na henji
matte dare ga sabishii

mirarenai machi de naiteru nara
soba ni inakutemo egao wa todoketai

YURA YURA to yuganda sora e
kimi no moto e tonde yuke
konna ni mo chikazu ni kanjiteru
futatsu no omoi ......
[klik untuk dengar]

[download lagu dari SendSpace]

Wednesday, October 11, 2006

hepi version...

Chalte Chalte yunhi ruk jaata hoon main,
Baithe baithe kahin kho jaata hoon main
Kahte Kahte hi chup ho jaata hoon main.
Kya yahi pyar hai, kya yahi pyar hai ?

Haan yahi pyar hai, haan yahi pyar hai

Tumpe marte hain kyon, hum nahin jaante.
Aisa karte hain kyon, hum nahin jaante.
Band galiyon se chup chup ke, hum guzarne lage.
Saari duniya se rah rah kar, hum to darne lage.
Hai ye kya karne lage.
Kya yahi pyar hai, kya yahi pyar hai.

Haan yahi pyar hai, haan yahi pyar hai

Teri baaton mein ye, ek shararat si hai.
Mere honton pe ye, ek shikayat si hai.
Teri aankhon ko aankhon se, choomne hum lage.
Tujhko baahon mein le lekar, jhoomne hum lage.
Hai ye kya karne lage.
Kya yahi pyar hai, kya yahi pyar hai.

Haan yahi pyar hai, haan yahi pyar hai.

Tuesday, October 10, 2006

Install Fest




Ini adalah salah satu lagi aktiviti yang ditawarkan kepada FTMSK. Setelah promosi hampir 3 minggu, peserta yang datang sejak jam 9.30 pagi tadi adalah 15 orang. Festival ini macam biasa dimonopoli oleh pasukan SIGs yang cemerlang dengan UiTM Codefest. Walaubagaimanapun 5 peserta adalah terdiri student part one yang menunjukkan komitment yang tak terhingga kepada aktiviti ini. Terima kasih dan tahniah kepada anda kerana memilih jalan underground ini. Kepada peserta-peserta lain yang terdiri campuran part 3 hingga part 5 terima kasih kerana meluangkan masa hampir 8 jam untuk install fest ini.


Acara pagi tadi dimulakan dengan talk oleh mr. Hamido dengan tajuk "Installing Linux". mr. Hamido menerangkan konsep installing dalam linux dan memberi beberapa perbandingan dengan BSD. Selesai talk, network terus disetup dengan sebiji wireless router dan sebiji 24port-switch yang kebetulan ada dalam simpanan aku (slps aktiviti zerone). Peserta2 diberi peluang install FreeBSD 6.1 di atas platform VMWare. Guide diberi oleh mr. Hamido sendiri dan pakar2 dari SIGs. Walaupun peserta sebelum ini belum pernah tengok environment BSD dan Linux, mereka berjaya juga menyesaikan tugas installasi ini. Sambil2 itu, peserta juga diberi peluang tunjuk ajar oleh Amir Haris untuk Debian Installation. peserta SIGs pula menyelesaikan misi dalam mem-performance sistem operasi OpenBSD di atas VMWare.

Fest tamat dalam pukul 5 petang walaupun peserta SIGs masih lagi lepak di bilik aktiviti nak tunggu waktu berbuka puasa pada hari ini. Mereka pi bukak posa kat Tesco, aku tak ikut koz costing.. hehehehe.. buka kat PI jer.. 3 kali makan siut...

Saturday, October 07, 2006

Zerone Talk & Workshop


Aku kebetulan ada pada malam sebelum berlansungnya Zerone ni, jadi aku dapatla tags Crew.. thanks Dino.. Aku telah merasmikan Wireless Router yang aku menang kat i-Hack bulan lepas utk program ini. Tu yang sama2 crew lain stayback utk setup network kat Dewan Kuliah malam semalam..

beberapa orang crew termasuk Pengarah Program (Ramiera) & Timbalannya (Sereberum) tak tidur malam tu.. perghh.. stay dari malam semalam sampai habis program hari ni..

Zerone ni adalah khas bagi student yang amik subject sekuriti sem ni dan tak kisah laa orang lain kalau nak cari knowledge berkunjung ke sini..

Sebelah pagi talk oleh Amir Haris mengenai Konsep Hacking dan diselangi dengan pengalaman-pengalam beliau bagi setiap topik yang diutarakan seperti remote exclusion, buffer overflow, web defacement dalan lain-lain lagi..

dalam 12.30 tengah hari selesai jer Amir Haris bagi talk, aku cuba mengambil kesempatan men live-demo kan penggunaan tools Hydra dan Metasploits.. nampaknya ramai jugak yang tertarik dengan skrip kiddiest aku dengan ramai2 memilih special interest group Buffer Overflow + Exploits dan group Bruteforce + Password Cracking.

sebelah petang, jemputan Zerone iaitu Yomouds dan TrunaSuci masing2 memberi talk dengan tajuk yang aku klassifikan sbg Inside Bufferoverflow dan Securing & Performing System Server.



Program tamat dengan majlis berbuka puasa dengan bajet HEP di foyer faculty... catering adalah dari puan Shahniza.. sedap sangat nasi beriani dengan ayam, dalca dan acar.... Pensyarah yang turut sama hadir adalah Dr. Mazani, Puan Nik, Puan Arpah dan En. Ali...

Friday, September 22, 2006

Install Fest on Da Way

kena buat salah satu aktiviti pengisian utk rakan2 pelajar.. start from basic pun tak per.. bukan semua orang pandai install O/S.. so Install Fest akan diadakan pada hari cuti ...

O/S yang akan diinstall FreeBSD, OpenBSD, Redhat, Suse, Ubuntu, Debian dan Slackware.. peralatan yang harus dibawa peserta, set pc, or notebook, power cable, installer atau cd kosong....

Thursday, September 21, 2006

HITB rockz

Tamatlah Hack In The Box Security Conference 2006 pada hari ini.. sblh malam ada parti ditaja oleh Microsoft, aku pun ada ditanya nak masuk ke tak mau sebab depa boleh allow sbg Volunteer kasi canlah.., tapi aku mau balik.. tak dan nak jumpa Dhillon.. aku send greeting kat Belinda ajer..



Selama 4 hari berlansungnya HITB SecConf2006 ni, cukup meriah dan rocklah dengan foundernya, crew2nya, volunteer2nya, speakers2nya, vip, wakil media dan peserta2 yang pelbagai gelagat dan impressi yang ditunjukkan.

Aku datang awal hari sabtu utk first met dengan orang HITB. Mereka cukup sporting walaupun aku dan jengcoil bukanlah Volunteer yang sejak awal2 lagi mendaftar dengan wiki HITB. kami ad-hoc ajer, cuba2 try dari founder kot2lah boleh dia izinkan utk jadi volunteer HITB ini.. wlpun baju utk volunteer dah abis, Amy bagi ajer baju HITB yang sbnrnya untuk di jual.

hari Ahad dan Isnin, Training Days, aku stick pada bengkel Advanced Linux Hacking yang dikendalikan Nish Bhalla.. Mmg best, Nish mahu pastikan peserta2 dibawah kendaliannya dapat menyerap apa yang disampaikannya walaupun terpaksa mengambil masa tambahan. Crew yang ada dlm kelas tu y0muds bukan calang2 orang.. dia cepat faham dan dapat entertain peserta2 di dalam kelas tersebut. Aku, apa yang aku paham aku tolong laa.. nak entertain lebih2 pun aku tak pandai cakap omputeh.. tu yang ngan Nish pun tak bley nak rancak bersembang..



Isnin malam tu dah abis semua, aku ditugaskan menyediakan network utk Capture The Flags Tournaments. Bermula dengan design atas kertas, kemudian tarik cable dari peserta ke server di depan. cable ambik jer dari cable yang utk bilik training.. banyak yang panjang2.. oleh sebab kelam kabut, volunteer buat kerja dengan pantas dan siap dengan tape cable di lantai.. atas sebab2 keserabutan, aku check balik satu persatu, tak cukup panjang ganti ngan cable lain. Mujur dari awal rakan2 tahu akan pentingnya label jadi tak der masalah nak main tukar2 cable.. siap test dalam pukul 2 pagi dah... HITB dah siap check beberapa bilik di Westin Hotel tu dan aku pun naik tido..



pagi Selasa dalam kol 6 pagi aku tengok ramai lagi belum tidur tengah siapkan server CTF tu.. Network kami test balik satu persatu dan ada gak yang failed bila kena stress test.. so setlekan pagi tu juga dan aku siap re-lable balik semua cable utk peserta CTF.



so CTF terpaksa berlansung semula pada hari khamis tu atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. tapi 2 hari Rabu dan Khamis ni patutnya aku lepak kat bilik conference.. tapi banyak duk sembang kat luar ngan vip2 dan peserta yang datang. Hari Khamis aku mulakan tugas dengan menjual baju Zone-H, charity utk makna.. setiap helai baju akan duit akan disalurkan kepada MAKNA...

tahniah kepada pemenang CTF, Dok Dor dari Korea, walaupun pusingan pertama mereka kalah kepada Zone-H dari Itali yang keseluruhannya menang tempat kedua dan q-bit dari Singapura di tempat ketiga. Sebelum penyampaian hadiah, Founder Zone-H, Sys64738 menjadi tukang lelong beberapa barangan spt t-shirt, beg, buku dan pendrive masing2 dari HITB, Zone-H, KeyNotes Speaker, Trainer, Botnet, Mozilla dan dari Sys64738 sendiri.. sampaikan dengan baju dia sekali dia lelong selain diselangi dengan adegan lucu spt headbutt dan sebagainya. Salute pada pemenang kedua, pertama dan jugak judge utk CTF apabila wang hadiah yang mereka perolehi didermakan kesemuanya pada MAKNA. Aku yang tak der duit nak beli baju zone-h sungguh2 mendapatkannya dengan trade baju HITB aku dengan salah seorang peserta hacking mereka.



So abis sumer2, aku lepak jab sembang2 ngan crew dan volunteer yang ada sebelum meninggalkan hotel pada pukul 8.30 malam... jumpa lagi tahun depan...

galeri gambar HITB
galer gambar Shakir

Thursday, September 07, 2006

Sad Version...

peh saiyo humto
peh saiyo humto
tum per majane
me jauho na


Kabhi Khushi Kabhie Gham
Na Judaa Honge Hum
Kabhi Khushi Kabhie Gham

Tere sat honggi mere dua yei
ai kabina tujpe koi bana yei
Tere sat honggi mere dua yei
ai kabina tujpe koi bana yei
mera dil yeh kahe
tujjaha per hey
hargai hargushi cume tere khadam

Yeh Hai Tere Karam
Kabhi Khushi Kabhie Gham
Na Judaa Honge Hum
Kabhi Khushi Kabhie Gham

Kabhi Khushi Kabhie Gham
Na Judaa Honge Hum
Kabhi Khushi Kabhie Gham

Kya Bebasi Hai Yeh Kya Majbooriyan
Hum Paas Hai Phir Bhi Kitni Hai Dooriyan
Jism Tu Jaan Main Teri Pehcaan Mein
Milke Bhi Na Mile Yeh Hai Kaisa Bharam
Yeh Hai Tere Karam

Kabhi Khushi Kabhie Gham
Na Judaa Honge Hum
Kabhi Khushi Kabhie Gham

je ja hata hey gali say lagalo
palako mereka rungge nazarme cupa lo
pasehe durehe kitne majburi hey
roraha mera dil mere yako henam

hmmm.. hmm.. hmm...
Kabhi Khushi Kabhie Gham
Na Judaa Honge Hum
Kabhi Khushi Kabhie Gham

Monday, September 04, 2006

Aku yang keciwa.... Capture the Flags...

sejak 2003, pertama kali aku diperkenalkan dengan ilmu hack ni, setelah server stmlinux1 aku digodam menggunakan combating reverse telnet ... semalam di Capture the Flags tournoment, soklan awal² (Flag #2) seakan² menggunakan skill berkenaan. disebabkan terlampau gopoh, white paper wanvadder and flyguy from SCAN Clan (tynon,sk,pokleyzz,wyse,semit,sponfork,flyguy,s0cket370) aku tak google pun..
puas aku baca coding miniBB yang disediakan dalam 192.168.0.35/tmp dan aku tak perasan pun local include kat situ..

dup dap dup dap, masa berlalu dengan pantas, sedar² dah ada team dpt 4 Flags. dan sumer team yg dapat tu skip question 2,3 and 4. aku terkinja² start question 5, tapi skip to question 6.. ada encoding kat situ.. aku google type of ascii encoding.
SGFja2luZ0lzRnVu adalah encoding utk base64.. aku decode pakai calculator yang aku jumpa selepas google ascii encoding calculator.
akibat terkeliru dengan hint "What type of encoding?" aku paste type of encoding: Base64. hehehe, malunyer...
2 Flags akhirnya berjaya diperolehi tapi ramai dah team yg dpt 2 dan 4 flags. leading team dengan 6 Flags.

2 Flags lagi selepas makan baru dapat. hehehe. :D Time tu team yg leading masih lagi kekal dengan 6 flags.

selepas flag yg keempat dengan tiba² Judge bagi hint utk soklan nombor 2. perghh.. panas aku..
google hphp. (hardened php). rupanya ada vulnerable found kat miniBB pada januari tahun ini dekat includeHeader. arghh masa hampir tamat.. dalam keadaan gelabah terkejar² utk flag yg kelima utk membolehkan aku menduduki tempat ketiga, aku terlampau gopoh. Amir yang masuk pada 30 minit terakhir, berusaha keras utk soklan nombor dua jugak. Amir blur katanya, letih kot.. sian kat dia tidur lewat utk prepare forum.

judge announce tinggal 5 minit lagi... apa lagi start laa tembak dengan jawapan seperti UiTM, Scan, Merdeka and so on.. hehehehe.. and then times out...

lepas closing ceremony, aku balik baca whitepaper Combating Reverse Telnet using OpenBSD Packet Filter baru nampak system($cmd); .. mungkin ia satu yg berguna di dalam tournoment berkenaan...

mencari jawapan selepas tewas...

terlupa partner kat belakang...

Alhamdulillah.. wlpun tewas hari ini, kemenangan semalam sedikit sebanyak mengubati hati...

Sunday, September 03, 2006

Aku yang gembira.... Forensic Challenges...


Alhamdulillah.. alhamdulillah...
syukur padamu ya Allah...
tak sangka plak...

rezeki anak kot...

Saturday, August 26, 2006

Promed

Kali ini, 20 pasukan berentap termasuk 9 pasukan dari tuan rumah S.Alam dalam pertandingan pengaturcaraan. Aku tidak lagi perlu setup Lotus Notes kerana kali ini sepenuhnya menggunakan perkhidmatan webmail fakulti. Dalam acara Pertandingan Multimedia pula lebih kurang 10 pasukan menunjukkan skill membina montaj.

Pasukan yang dapat menjawab ditandakan dengan belon belon yang bergemelapan. tak seperti dahulu hanya bunga manggar tetapi kali ini seorang ditugaskan meniup belon sampai letih. aku jumpa encik Jamal. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya selepas jumpa dengan aku "Takdak muka lain kaa..." hehehe...

Pemenang mendapat hadiah pada acara penutup majlis. ada sedikit kesilapan teknikal untuk acara programming tempat ketiga bilamana konfius cawangan Pahang dengan Perlis.. Johan adalah dari tuan rumah, kedua Cawangan Perak dan ketiga Cawangan Pahang.

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera

Pada 26 Ogos yang baru berlalu, PERTANDINGAN PENGATURCARAAN dan PERTANDINGAN REKACIPTA MULTIMEDIA bagi PROMED'06 telah selamat dijalankan. Program yang dianjurkan bersama oleh Kelab Pengaturcaraan dan Pusat Pengajian Sains Komputer ini telah mendapat sambutan yang baik bukan sahaja dari pelajar2 kita di FTMSK tetapi juga dari Kampus2 Cawangan dan Kolej2 Bersekutu.

Sehubungan itu, pihak penganjur program berbesar hati ingin menguar-uarkan keputusan pertandingan2 tersebut seperti berikut:

PERTANDINGAN PENGATURCARAAN
---------------------------
JOHAN – Pasukan ‘Fantasia’ (FTMSK, UiTM Shah Alam)
Ahli:
1. Juhaimi Nizam bin Johari (CS225)
2. Mohd. Fahmi bin Yob @ Abd. Aziz (CS226)
3. Mohd Junaidi bin Jusoh (CS223)

NAIB JOHAN – UiTM Cawangan Perak (Kampus Sri Iskandar)
TEMPAT KETIGA – UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka)

PERTANDINGAN REKACIPTA MULTIMEDIA
---------------------------------
JOHAN – FSSR, UiTM Shah Alam
NAIB JOHAN – UiTM Cawangan Terengganu (Kampus Dungun)
TEMPAT KETIGA – UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka)

Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan pelajar kita yang dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pengaturcaraan telah juga memenangi Anugerah Khas di atas kebolehan mereka menjawap kesemua soalan ACM yang bertaraf internasional di dalam pertandingan tersebut. Kami amat berbangga dengan pelajar2 ini dan marilah kita ucapkan berbanyak2 tahniah kepada mereka…

Puan Hayati Abdul Ghanny.

Sunday, August 06, 2006

Saringan Promed

Seramai 23 team S.Alam berentap utk mendapatkan tempat ke pusingan Akhir Promed yang akan di adakan pada tiga minggu akan datang...

Pagi2 lagi aku dah setle kerja, Lotus Notes yang aku install minggu lepas dapat berjalan dengan lancar. Alhamdulillah..

banyak bunga² manggar ditanda pada setiap meja pasukan yang berjaya menjawab setiap soalan.. syarat ketat, kalau dah keluar dari bilik saringan tidak boleh masuk balik walaupun dengan tujuan kecemasan dan melepas hajat.

Friday, July 28, 2006

Lawatan ke FOSSCAR2006

tepat pukul 8 pagi jumaat 28 Julai 2006, sebiji bas yang diperuntukkan utk budak2 kkos pergi lawatan ke fosscar telah sampai di perhentian bas FTMSK... kami dengan tidak payah berebut²nya naik dan mengisi kesunyian dalam bas sehinggalah selamat sampai ke FOSSCAR2006 di UiA..

Free Open Source Software Carnival tersebut yang pertamakalinya dianjurkan oleh salah satu commitee pelajar di UiA yang menampilkan beberapa sessi talk, bengkel, codefest dan pameran.. pameran nyer lebih kurang pameran kat OSHACK dulu cuma ehem oshack lebih grand dari segi penampilan booth dan demonstrasi...
booth2 yang ada, booth committee, myhome2u (e-lelong), e-kamus, mysql clustering, e-guestbook, fedora, auditor, ubuntu, ping, arabic live cd (al qurds alhiya allughatul a'rabiyah), webmin, ox, blander, cms dan beberapa lagi...

hari pertama dihiasi dengan 3 sesi talk.. bla bla bla..

yang bestnya committee ni, depa siap dengan memakai baju F1 yang seragam.. simple tapi cun..
IPB Image
ada jugak survenior utk tetamu .. majalah chip dan cd ubuntu... hehehe cd ubuntu tu utk lucky draw sbnrnya.. refreshment disediakan dan aku berjaya mengepau sebanyak mungkin drinking water tu...

IPB Image

so harap2 aktiviti visit ini akan diteruskan lagi dalam kkos dan klu boleh libatkan lagi ramai peserta lagi best...

Tuesday, July 18, 2006

Bangunan Baru FTMSK

okay laa menarik.. ruang pejalan kaki pun luas.. aku ingat nak letak meja pingpong kat situ.. puas main.. lagipun terhalang angin dek kiri kanan merupakan bilik kuliah....

tangga depan tangga pusing... klu budak nakal, mesti lepak bawah ushar org naik tangga dari bawah...
sebelah penjuru lagi ada pejabat berbentuk satelit, aku dah naik tengok kat satelit tingkat atas sekali.. nice macam duk kat menara alor setar pulak.. hihihi..
dewan kuliah cantik, tapi gayat aku duk kat atas.. huhu.. layan wayang best dalam dk nih..
bilik kuliah luas cuma bergema laa klu lecturer bercakap kat depan...

bilik lecturer dipisahkan bangunan sebelah nya tapi disambungkan dengan dua jambatan yang buat aku resah menitinya.. huhu.. bilik lecturer lawa.. siap sedia satu port telefon 2 port datapoint dan banyak port power point..

16 Blocks

bruce willis sbg jack jadi polis pemabuk... dalam tugas dia nak antar seorang saksi ke mahkamah, ada geng nak bunuh saksi tersebut.. supaya kes selesai..

rupanya komplot geng polis.. jack nak selamatkan saksi tersebut tapi dikepung semua skuad polis.. sampai jack terkepung dalam bas bersama penumpang2 dalam bas... aksi penuh trik utk meloloskan diri.. jack spt menjadikan penumpang bas sebagai hostages..

trick2 sangat menarik, sbb ketua komplot bijak meneka kemana depa lolos.. tapi jack lebih cepat sediakan alternatif.. penuh dengan kejar mengejar...

time action suspen, tapi time sembang.. slow kena dengar sampai mengantuk.. huhu.. dekat akhir² babak mengimbau 20 tahun yg lampau tapi dalam bentuk bualan ajer... pistol jack pun 20 tahun tak digunakan..

Wednesday, July 12, 2006

FTMSK Musim Baru

hari pertama kelas bermula hari ini.. ramai org dah memeriahkan fakulti (s.alam) nih...
ramai yang tertumpu pada pejabat pentadbiran akademik fakulti.. maybe berkenaan daftar kursus kot...
korang cemmana, tak der masalah ngan pendaftaran kursus ker.. maybe tak der kot sebab la ni semua auto daftar.. heh!

kaunter seketeriat i-hack telah dibuka.. tengok ramai gak yang daftar..

Sunday, July 02, 2006

Visit on HitechPadu


Lawatan Ke HitechPadu sem lepas.. sem ni baru dapat gambar.. hehehehe

Saturday, June 24, 2006

PHP Talk & Meetup

Hari ni berpeluang sama² dalam PHPMeetup wlpun meetup yang lepas tak sempat hadir.

Antara speakers dan topik yg telah dibuat pembentangan...

* Ahmad Amran (AIST) - "Load Balancing"
* Zam - "AJAX"
* Adli (UIA)
* "SMS on Cinta"

diselang dengan promosi i-hack oleh chort

Wednesday, May 17, 2006

Bengkel Network

pc, kerusi meja dah atur,
network dah setup,
iso dah burn,
suse dah jalan,
firewall dah jalan..

debian belum lagik,
windows 2003 belum nampak cd lagik,
cd freebsd lum usik lagi..

geng pun hanya dapat bertahan sampai kol 8.30 malam jer..
aku kat sini tak tau sampai kol berapa.. seram sejuk jugak sorang 2 kat bilik nih...
nak cau gi makan jab gi.. lum dinner lagik nih...

Thursday, April 20, 2006

Lahirnya Seorang Putera

Betapa gembiranya hati, puteraku selamat dilahirkan di Kelantan pukul 5.30 ptg tadi...

aku hanya sempat menghubungi isteriku melalui telefon pada pukul 4.00 petang.. seketika aku menghubunginya dalam pukul 5.00 petang tetapi tidak terjawab.. hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu...

semalam ada paper, pagi tadi ada paper dan esok pun ada lagi satu paper, mungkin malam esok aku bertolak ke Kelantan. apa yang termampu hanyalah doaku pada tuhan agar menjaga keselamatan Isteri dan anakku...

seperti yang aku fikirkan selama ini, akan ku namakan putera sulungku dengan nama Muhammad. Kebetulan puteraku lahir pada bulan rabiulawal.. bulan kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..

Tuesday, March 14, 2006

i-Hack06 on da way

the hacking competition will come again in UiTM..

last year the hacking competition & expo was combained with Open Source (OSHACK)..
this year the competition & expo will come alone... coz focus more on security....

when?
wait for this September 2006...

http://www.tmsk.uitm.edu.my/~i-hack

Monday, March 06, 2006

Next Comming Up - UiTM Codefest

Cadangan Codefest FTMSK UiTM.
Sponsor = perlu untuk budget makan, pc, printer, kertas,kertas mahjung, marker, cdr, switch, ap.
kemudahan bilik = mesti besar dan selesa... kerusi meja cukup.. hmm boleh jugak buat limitation bilangan peserta utk muat dlm satu bilik yg selesa...
Wiki page = untuk update progress berserta project information.
Jurukamera = sekurang2nya kena ada jurugambar tak bertauliah yg boleh terdiri dari peserta kerana boleh merakamkan ragam para peserta.
30jam tanpa henti = rasanya boleh dicustomizekan... 30 jam = 15jam hari pertama + 15 jam hari kedua.. atleast boleh boleh rehatkan diri ngan tidur 9 jam..
Projek = kena briefing projek apa yang nak buat. Kalau tak der projek pun tak per, boleh join mana2 group projet..

Sunday, March 05, 2006

Codefest - End


dah tamat code fest...
asiaoss akan berterusan lagi di hotel nikko... kami kembali ke institusi pengajian...

thanks semua pihak yang memberi galakan sokongan dan jugak mengikuti perkembangan kami di sana..
thanks skylynx yg sudi datang menjengok kami di detik2 terakhir kami di mimos...

wlpun tak sempat siapkan projek tapi kami dapat belajar perkara2 baru yg tak ter xplore sblm ini... hehehe.. dpt berkenalan ngan peserta2 lain juga satu perkara yg menarik.. org jepun korea arab pun join...

kami selamat sampai ke fakulti jam 3.30 ptg.. thanks ramiera kerana memandu dgn berhemah tanpa menyimpang ke laluan yg salah... wink.gif ...
don't worry... WAJAR....


Saturday, March 04, 2006

Codefest - Start

report from mimos...
first hour from code fest...
sesi berkenalan.. pergh kena cakap english.. depa takpaham cakap melayu kot...
ada sorang japanese ni, dah 17thn dlm GNU dan 40 thn bersama mbangunkan linux... kita ni kerdil ajer...
anyway.. kita lah satu2nya team yang mmbawa female ke arena develope OS nih.. huhuhu

makan.. makan.. perut lapor nih...

Monday, February 13, 2006

OMPD. Aper tu??

dulu dlm kerajaan,
ada staf diperlukan utk mengkey-in data ke system..
dan proses jer data dlm sistem tersebut... kerja mereka tak seteruk kerani sebab tu bagi title operator..

kemdian, akhir2 ni tugas tersebut pun dah tak banyak, kerani pun dah boleh buat sendiri kerana sistem2 dah canggih..

tapi pekerja2 tersebut masih wujud, terpaksalah bagi tugas lain, spt
jaga lab, tolong technician baik pulih, dan operator telefon utk help desk...

banyak sekali jadi computer lab assistant laa..
dan depa patut di upgrade ke technician kerana pengalaman dlm bidang teknikal contohnya baik pulih pc dlm lab...
memandangkan mereka tak der sijil, tak ramai yg dpt upgrade ke technician.. ada gak yg buat exam, utk depa..

so OMPD ni klu tengok kerja macam abg lab laa... kadang2 depa terer apa.. siap boleh solve dlm configuring cisco router...

Tuesday, February 07, 2006

Linux Distro Apa yer?

kalau tanya distro linux apa yang pernah aku pakai,
aku start ngan redhat 3.. masa tu aku part3.. kemdian masa yg sama tukar pakai mandrake sebab senang install.. tapi masa tu apa kejadah pun tak paham sangat... tapi aku minat ngan desktop after step.. so bila litestep kuar, aku try kat windows...

pada tahun 2002, ada member bagi aku url distrowatch..
banyak jugak aku download tapi tak laa sebanyak liquidOoze sbb aku dapat listkan..

antaranya yg masih diingat
slackware - ringan
college
peanut - feminin
crux - ringan
live cd - knoppix, whax, whoppix, pentoo

nthen ada download gak buna torrent, suse dan suza serta suedza..
solaris pun download guna torrent gak...

Saturday, February 04, 2006

Praktikal Hanya utk Buat sistem?

dulu aku praktikal kat perwaja steel,
department aku satu depatment yg provide service utk buat sistem utk department yg lain..
mula nak buat sistem tu, kira meeting sakan ngan client dan mcm2 client nak.. kadang2 nak tergelak pun ada...
pastu hari2 kerja aku mengadap pc..
adakah aku buat sistem setiap minit ofis hour..
jawapannya ialah hanyalebih kurang 50 peratus jer aku gunakan masa utk buat praktikal...

hahaha.. yg lain nya ialah lepak ngan staf kat situ...dari situ kita akan kenal apa sebenarnya organisasi itu.. isu dan permasalahan yg timbul... dan patutnya kita mesti enjoy dlm praktikal ni .. enjoy laa.. kuar makan sama2 ngan staf.. boleh kata hari2 mesti pi pantry makan dan sembang pada sebelah pagi... sebelah petang pulak melawat kawasan... ikut staf gi jalan2 ke kawasan kilang...

bila dah separuh tempoh praktikal selesai.., sistem pun di demo.. dan macam2 peel berlaku.. sistem tak memenuhi kehendak.. padahal meeting hari tu confirm macam2... lepas pada tu.. meeting balik dan mula balik buat sistem.. semestinya kali kedua buat sistem lagi pantas jangkamasa yg diperlukan berbanding sistem yg pertama...

selain dari di atas, waktu praktikal jugaklah aku belajar chating, forum, web hosting, networking, human resource dan accounting (imbuhan yg kita dapat)...
waktu cuti pun sama2 dgn staf buat overtime.. enjoy gila hari tu.. network laju gila babas...

habis jer praktikal, sebulan dua aku pun maintain laa sikit2 sistem tu, fix bug coz sistem tu bernilai rm5000.. yerlah 4 bulan punya kerja.. so sebulan berapa jer..

Thursday, February 02, 2006

Apa jadi dengan Mesra NETS

post mortem..
i) objektif mesra net sem ni tak capai hundred percent.. lecturer sembang sama lecturer.. student sembang sama student..
so next time, student kena perlu diingat utk jadi lbh ramah.. ataupun ada kan aktiviti utk kenalkan/kenakan student pada lecturer..

ii) bab makan.. wlpun tak mewah tapi sedap.. aku siap tambah lagi koteow.. nasi goreng ingatkan dah abis, tapi berlebih2 yg dihidangkan kat lecturer.. koteow ada lebih.. bagus.. boleh tapau..
so next time.. order jer dari mana2 cafe..sekali harung jer dia sedia, tak payah duk tunggu2 mcm sem nih.. nasi dah sampai koteow nyer on the way.. kuihnya on his way... punctual tu pnting, wlpun aku sendiri tak rajin punctual..

iii) keceriaan kurang - len kali kena prepare hias menghias.. bunga manggar ker kompang ker.. kumpulan nasyid ker.. apa2 jerlah..

iv) post moterm ajk.. backup kan ajk dari kalangan matured student kerana mereka ada komitment lain selain dari belajar kat universiti nih.. thanks chot..