Thursday, October 27, 2005

Majlis Berbuka Puasa DCSArau

Kami berenam,
Aku, Elly, Doyok, Leni (+Puteri), aMay dan Wan SP berbuka puasa bersama² di Medan Selera, Seksyen 2 S.Alam. Dengan memilih kedai faveret aku, "the Jerung" awal² lagi aku dah chup tempat kat situ.. huhu.. wlpun tak seramai mana tapi puas laa, lagipun lama tak jumpa Doyok & Leni.. bukan aku saja, aMay dan Wan SP pun dah lama tak jumpa Doyok & Leni. Yang bestnya depa dua bawa puteri mereka dengan mengenakan sut baju raya.. wah comelnyer...

Saturday, October 08, 2005

Kerja Kerajaan Vs. Swasta

aku belum bergelomang dalam private company..

tapi aku dah rasakan arus gelombang kerja di gomen,
sangat indah buat mereka2 yang sukakan ketenangan, ke-flexsible-an kerana tiada had utk bekerja dan kurang monitoring dari upper layer...

tapi hati kena ikhlas wlpun kerja keras di gomen, kerana selalunya tiada siapa peduli hard-work yang kita buat.. cuma niat mesti betul kerana Allah ta'ala... selalunya hard-work kurang ganjaran di gomen, kerana kerja di gomen selalunya mementing seniority..

jadi jaminan tu sentiasa ada.. sampaikan pekerja biasa pun pasti akan dpt gajaran tambahan wlpun tidak meningkatkan prestasi disebabkan seniority...

dari sudut rezeki, semuanya kehendak Allah ta'ala, wlpun usaha ditangan kita.. tapi jangan pulak tak berusaha sbb ibarat kata pepatah (hand-moving) yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang...
sesungguhnya rezeki itu bukan sahaja terletak pada nilai matawang, ia meliputi semua aspek termasuk sihat tubuh badan, tiada kemalangan di jalan raya (hari-harikan ulang alik ke tmpt kerja), masa terluang dsb.

yang penting kita bersyukur wlpun kerja di mana².
klu kita tak puas hati, usaha di tempat lain pulak...

hmmm... bacalah kisah ini.. mungkin betul mungkin tidak...

Aku Seorang CEO

Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.
Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa
ku ialah guru.
Alhamdulillah..aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam
usia
18
tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan
Kejuruteraan...dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur
dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat

segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku
mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk
mengambil sedikit pengalaman.
Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah
firma terkemuka Jepun.
Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini.
3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak
pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus
dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.

Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku
untuk pulang ke Malaysia.
Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah
Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk
mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah...aku dilantik
sebagai Pengarah Urusan.
Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah di

pejabat. Dalam keadaan kelam-kabut sempat juga aku mendirikan
rumahtangga.
Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah tak ternilai dari
Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku

kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan
kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali

lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah
selama ini ahkirnya berbaloi....aku dilantik sebagai CEO tempatan
pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan
beserta 3 buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu
!!!!!!

Kebahagian keluarga.....

Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang
ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang.
Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut
warna merah...bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam
sudah tidak bersama lagi.
Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana...
Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak
meeting....main golf pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting
lagi !!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!!
Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif
aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors.
Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik....kekadang buat ...kekadang
terlupa...masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client
aku dari Jepun.
Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku
tertekan !!!
Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat....aku
menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan
jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad...!!!!
Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.
Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan
kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat.

Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis....tetapi bukan menangis
marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis kerana

gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri.
Buka gerai jual Kuew Tiaw Goreng..!!!!
Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas
CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak
bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku
memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelahan
dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga
dari jam 4 petang hingga 10 malam.
Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari.
Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamdulillah.
Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk
satu gerai.

Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi
gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga
sekarang aku memiliki
6 gerai makanan.

Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah
dalam RM60,000.00 SEBULAN.

Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari
berniaga Kuew Tiaw sebulan RM60K.

Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami
bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang
'hilang'.
Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku
latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan
tersebut.
Aku cuma memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'....dan anak-anak

aku sebagai Directornya.

Dan sekarang baru kusedar yang Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda....9/10 dari kekayaan itu datangnya dari berniaga.

Alhamdulillah.

Monday, October 03, 2005

Woman is sooo... -hmmm...


Sapa laa pandai² cipta formula nih... sepatutnya .. perempuan adalah insan yang patut dihargai.. mereka diciptakan utk lelaki.. lelaki patutnya membimbing mereka ke jalan yang benar kerana mereka bengkok sepertimana kejadian asal mereka...

ingatlah disekeliling kita ramai women/lady/girl yang membawa erti kebahagian dan sesetengahnya tidak pernah membawa problem seperti calculation di atas... mungkin mereka adalah ibu kita, adik kakak kita... nenek kita... emak sedara kita.. sepupu sepapat.. & in future.. anak2 kita...

klu awek mungkin lah tak per nak keras2 pun.. sbb lebih baik jauhkan diri dari nak bermanja2.. bukannya halal pun.. kalau isteri lainlah...